Jumaat, 4 Jun 2010

TESTING

Perjuangan yang bernama manusia yang bernyawa belum berakhir!!!

selagi masih ada nyawa selagi tu laa kita perlu berjuang dan terus berjuang...
"kalau ko nak sangat jawatan nie ko je la pegang aku leh resign la" kenapa masih ada word mcm ni untuk pejuang???
kenapa masih ada gap antara pejuang2 yang bernama islam terutamanya...???
bg aku utnuk berjuang tidak perlu memikirkan dan endah kan JAWATAN2 yang tidak memberi manfaat ini...

"aku sedih la bro, tgk NGO2 islam x bersatu langsung..siap ada yg sombong lg...kenapa leh mcm tu skali eh?? kalau mcm tu payah la kita sume nak bersatu kan??" ini la ayat seorang remaja yg inginkan kesatuan antara muslim2 di Negara ini utamanya...
KENAPA MASIH ADA JURANG?? kenapa masing2 nak tunjuk kehebatan dan x mau bersatu langsung???
kenapa mesti ditetap2 kan @ mengekhas2kan aktiviti "hanya NGO nie yg leh buat program nie...yg lain buat aktiviti lain je la" PERLU KER???

katanya "kami ikut seperti HASSAN AL BANNA" tapi ada ke HASSAN BANNA buat mcm kita buat???
susah nak bersatu ker???

sume da hebat..tegur bnyk2 nnt kecik hati, ada yg marah lak payah....xper la BERJUANG LA YER

Isnin, 21 Disember 2009

umat sezaman dengan ku

assalamualaikum permuaalan di tahun baru ni....
perjalanan hidup ku da melangkau 21 tahun...tapi keadaaan dunia skg ni x pernah berubah... hanya bentuk muka and pembanggunan je yg membezakan
bak kata syeikh aku "dunia dah makin maju, tapi fikiran lama manusia tang tu gak"

"barangsiapa yg harini nya lebih baik daripada semalam dia adalah sebaik2 umat"
x pernah nk kejar dan terfikir ker kawan2 about ganjaran kat atas tu??? kenapa???? dunia ni lagi penting yer...
"ye la kalu x da duit, umah besar, keta besar org x pandang bro" (statement org zaman skg)
kenapa sampai mcm tu skali fikiran umat sezaman aku skg ni??? ingat makin lama makin pandai, bijak, leh guna akai lebih daripada biasa...tapi sedih giler makin lama makin x cerdik lak org skg ni.....

aishhhh x tau nk ckp aper dah....
setakat ni kot luahan hati aku....
sedih la :-(

Ahad, 13 September 2009

RAMADHAN KAREEM

kemuliaan ramadhan dan kerahmatan sangat2 ditunggu hamba2nya yg mulia dan beriman..
di bulan ini lah nak tarbiah diri aku..
dalam bulan ini la nak didik nafsu aku...
dalam bulan ini lah peluang untuk aku bersama Nya...setelah terlalu busy dgn kehidupan dan kerjaya aku as pelajar....

apakah aku terdidik??
apakah aku tertarbiah???

round pertama dapat kerahmatannya
round kedua dapat keampunannya
round ketiga dapat jauh daripada api neraka..

ehehhe ada satu cerita lawak yg kawan aku buat...biasa bila baru nak belajar kecantikan islam time dah besar2 ni kalu salah confirm kena gelak...kan kan
pasal fadhilat bln ramadhan la yg round2 mcm kat atas tu.....

dia ckp round pertama n kedua tu leh la dpt...tp yg ketiga tu...kalu x lepas tu confirm aku masuk neraka...
aku pon tnya so???
so round first n kedua tu buat baisa2 je la...tp round ketiga tu kena bnyk skit ibadah tu....
HAHAHAHAHAHA!!!!!!! aku pon bantai la gelak....hang apekebenda nya....
kalu yg first & kedua ko x lepas confirm kox kan lepas yg ketiga tu PANDAI!!! ada faham???


ooooo ye ker....mcm tu ek???emmm kalu mcm tu ramadhan tahun depan aku nak wat betul2 punya.....DOAKAN AKU YE MAN

insyaallah sama2 lah kita berdoa agar ramadhan tahun ni diterimanya k
dan kita dpt nikmati ramadhan akan dtg...tetapi sebelum tu bulan2 biasa kena jadi hambanya yg bertakwa dahulu...orait...

Isnin, 24 Ogos 2009

Sabtu, 15 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI


14/8
-10.45 am
aku gerak dari gombak ke ofis abg wai (NC)...sampai je s.alam staf2 nc x da coz dorang gi kursus kat DPMS..aku pon terusla ke library shah alam nk cari rujukan untuk assingment..sampai2 je baru nk duduk 'trut...trut..trut...' msj masuk dari andak.."salam man ustaz asri ibrahim meninggal"
eh biar betul abg aku ni....aku baru je jmp dia beberapa hari lepas
aku terus x jd duduk n terus kuar balik dari library....aku terus g NC
sampai2 jer staf2 NC da kecoh....masing2 nk tau berita selanjutnya pasal ustaz asri..

-11.20
man ko ko abg ko tnya dia pasal ustaz aku nk edit dlm berita ni....lah minta tlg pada aku...
"hello bang nk tnya berita pasal ustaz...Lah suruh tnya..." "nanti la aku bagitahu....skg kat dlm bilik mayat lg ni..." "orait..."aku akhiri perbualan...aku dan rakan2 NC menunggu berita selanjutnya

- 2.00 pm
))**&&^^%#@.....uiihhhh bisingnya kat depan....saper tu??? ohhh abg aku n abe razin..."bang pe citer" aku terus menyerpa abg aku...skg jenazah akn di bawa kat umah keluarga arwah kat bkt lanchong seksyen 28 shah alam...." "man nak ikut eh nnt" "pi solat dulu"abg wai m'ngarah aku.."orait.."

-3.00 pm
"haa jom saper nk ikut cpt...." aku, lah, abe razin terus follow abg wai naik unser hitam syarikat...abg aku drive dgn baik hingga sampai umah keluarga arwah, aku tgk da ramai yg sampai di rumah ust...subhanallah ramainya..aku dan rakan2 serta abg aku terus menuju ke perkarangan umah keluarga arwah..aku terus bertanya pada sahabat aku bro shuhaidi.."pukul berapa jenazah akan sampai di sini (umah keluarga arwah).."entah la man rasanya sblm asar.."
suasana di rumah arwah

-3.45 pm
weeeuuwww....weeuuuwwww...kedengaran siren ambulans terdengar....jenazah arwah da sampai...setibanya arwah, jenazah terus diangkat dibawa masuk ke dalam rumah...semua yg ada kat situ semua nk tolong angkat sampai tersepit aku...last2 aku lepaskan tangan dan berikan peluang pada rakan2 lain yg nak angkat jenazah....kemudian jenazah diletakkan di tengah2 rumah dengan menghadap kiblat aku tgk wajah arwah bersih sgt..."eh betul ke ustaz da kembali???ishhh macm x je" detik hati aku...emm innalillahhi wainna ilaihi raji'un seperti ada bisikan ditelinga aku mengingatkan padaku bahawa yg hidup pasti mati....
jenazah arwah ustaz asri ketika baru sampai di rumah
subhanallah jernihnya

tak lama selepas itu semua start membaca yasin dan tahlil untuk arwah yg di lead imam besar putrajaya...subhanallah hebatnya beliau...ramainya dalam rumah ni.....rumah dia bagai nk runtuh ketika semua stat baca surah yasin bersama..

suasana di dalam rumah ketika membaca yasin

sehabisnya membaca yasin semua hadirin terus bangun dan mengambil wudhu' di bilik air yg terletak di hadapan rumah arwah...aku pon bingkas bangun untuk mengambil wudhu' tp x da peluang kerana terlalu pack...."ramainya...."getus hati aku...subhanallah..
solat jenazah bermula...aku punya semangat nk follow skali tp x berkesempatan juga kerana terlalu ramai...yg peliknya jenazah disembahyangkan berkali2 dengan berlainan jemaah tetapi kenapa sentiasa ramai....langsung aku x da peluang...."man jom balik, mlm nnt kita terus ke kubur seksyen 21 shah alam......" rupanya abg wai, abe razin dan lah pun x berkesempatan....memang ramai giler...subhanallahhhhhh.......Ya Allah baiknya tempat beliau di di alam sana......aku menitiskan air mata....aku kehilangan seorang MURABBI....Allahu Akbar...dan bukan aku je yang merasanya semua yg hadir merasainya....

antara yg hadir....

-7.50 pm
"korang semua da solat lom" abg wai tnya pada semua staf2 NC...."dah dah" antaranya yg menjawab...."dah jom gerak.." mlm ni kami bergerak dengan dua kereta..Unser & waja Abe Razin...kami terus bergerak ke kubur...kami terawal sampai di Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam...x lama selepas itu berpuluh2 kereta mengambil n mencari parking di sekitar perkuburan....'subhanallah ramai giler.." aku terkejut sangat x sangka mlm tu ramai giler yg hadir, aku fikir x ramai...
warga NC yg terawal sampai... ribuan manusia yg hadir...di pengkebumian
allahyarham ustaz asri ibrahim...

-8.30 pm
jenazah arwah sampai di perkuburan......aku sempat mengejar van mayat untuk membantu mengangkat jenazah..sekali lg kuasa Allah, ustaz asri berbadan besar tetapi aku rasa sangat ringan badan dia...time tu aku org pertama sambut keranda jenazah dari van....bile aku dan seorang sahabat aku tarik je keranda keluar semua yg ada kat situ berkejaran membantu menyambut keranda tu jugak....Ya Allah ramainya....ini la dia Da'i yg sebenar di depan mata aku....tetapi dah tiada...time wajah arwah di buka aku melihatnya sangat tenang....seperti org yg sedang tidur...layakkah aku jadi seperti beliau.....

jenazah di usung ke liang lahad.....sangat tenang...Allahu Akbar

-10.00 pm
jenazah selamat dikebumikan....selesai talkin, doa n sume2 nya....kami semua berangkat pulang dengan semuanya kelihatan sugul x bermaya dan sedih...KEHILANGANMU KAMI SANGAT MERASAINYA...AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM.....

sekian...

Khamis, 13 Ogos 2009


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?3. Apakah yang paling besar di dunia?4. Apakah yang paling berat di dunia?5. Apakah yang paling ringan di dunia?6. Apakah yang paling tajam di dunia?Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.