Khamis, 12 Mac 2009

die ni langsung x fkr pasal islam, BO...

Utusan Malaysia: Hentikan Perbincangan Isu Agama - Abdullah
Utusan Malaysia 26/7/2006 Oleh FAUZI JAAFAR dan HAMDEN RAMLI KUALA LUMPUR 25 Julai
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak termasuk media menghentikan segala perbincangan mengenai agama kerana ia sangat sensitif. Perdana Menteri berkata, kerajaan kini memerhatikan kegiatan tersebut dengan serius kerana berpendapat ia boleh memberi kesan buruk kepada negara jika diteruskan tanpa sekatan. Hentilah (perbincangan agama), jangan buat apa-apa. Isu agama cukup sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu perkauman. Jika ia tidak dibendung, dikawal secara berhati-hati, akan lahir situasi tentangan di kalangan rakyat. Jika perbincangan (agama) yang berjalan itu tidak dibendung, tidak dikawal dengan perasaan berhati-hati, maka apa yang berlaku ialah ketegangan antara rakyat yang menganuti agama berlainan,’’ katanya.
Beliau pada masa yang sama turut meminta media menjalankan tugasnya dengan tidak membesar-besarkan perbincangan mengenai agama. Seperti yang saya bincang tadi, akhbar perlu melaksanakan tanggungjawabnya supaya tidak membesar-besarkan isu ini. Tidak menyiarkan berita yang akan menimbulkan rasa tidak senang hati atau ketegangan atau boleh juga menimbulkan kemarahan rakyat,’’ katanya. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini, beliau berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama. Seluruh rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan. Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah. Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas. Perdana Menteri berkata, pihak yang mengadakan perbincangan agama adalah kumpulan yang mahukan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) diwujudkan. Yang meneruskan perdebatan agama itu ialah kumpulan yang mahukan IFC. Saya katakan IFC sangat sensitif. Mengenai IFC, saya sendiri minta tangguh, jika tangguh ia tak perlu diadakan perbincangan lagi.
Bila dilaksanakan, inilah jadinya. Dulu tiada masalah, sekarang dah jadi masalah,’’ kata Perdana Menteri. Malah beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, IFC ditangguh hasil daripada keputusan Jemaah Menteri pada tahun lalu. Dalam hal ini, Abdullah berkata, MT UMNO berpendapat dan bersepakat bahawa IFC tidak perlu diadakan langsung kerana ia sangat sensitif. Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana isu agama tidak timbul pada masa dulu tetapi kini ia menjadi masalah yang boleh memberi kesan kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan bijak. UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) pula amat bimbang tentang isu-isu agama yang kini dibincang dengan hangat oleh semua pihak sekarang ini,’’ katanya.

Selasa, 3 Mac 2009

perubatan islam

ASAS PENGUBATAN DARUSSYIFA'

Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia. Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.

Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.

Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam.

Pada hakikatnya, usaha membongkar kandungan al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk tujuan rawatan penyakit, adalah masih di peringkat awal. la memerlukan keikhlasan, minat, pengamatan yang serius serta ketabahan yang berterusan. Kejayaan usaha seumpama ini adalah bergantung kepada usaha-usaha yang dijelaskan diatas.

Pendedahan kandungan al-Quran, contoh-contoh sunnah Rasulullah dan doa-doa yang dijelaskan yang berkaitan dengan sumber wahyu dan sejarah Islam boleh memberi satu kesedaran yang agong kepada umat Islam untuk mengkagumi dan menghargai betapa besamya peranan Kitab Allah yang selama ini menjadi panduan dalam kehidupan seseorang. Kesedaran ini boleh menjadikan seseorang itu menyedari keesaan Allah. Semuanya ini adalah di antara jalan utama dalam tujuan memperkuatkan iman seseorang terhadap Allah s.w.t.

Pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat seperti yang dijelaskan di atas bukanlah merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang masih meragui kesahihannya. Keraguan itu timbul ialah kerana kurangnya pemahaman terhadap sejarah ilmu perubatan dan al-Quran sendiri. Sebagai contoh, al-Quran mengulangi beberapa kali ungkapan yang membawa makna kesembuhan penyakit. Antaranya (Surah al-Isra':82).

Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)

Sehubungan dengan ini pernah berlaku suatu kisah, di mana seorang Sahabat Nabi mengalami sejenis penyakit yang sudah puas diubati dengan berbagai cara perubatan, tetapi tidak juga sembuh. Pada suatu hari pesakit itu telah diziarahi oleh seorang temannya. Pesakit tersebut mengadu halnya yang telah puas berikhtiar tetapi masih belum disembuhkan Allah. Teman tersebut bertanya sama ada dia telah membaca " Ayat Ash-Syifa' " . Pesakit itu mengatakan belum, lalu teman tadi pun membaca " Ayat Ash-Syifa' " yang akhirnya dengan izin Allah s.w.t. ia pun sembuh.

Ulama-ulama terdahulu telah banyak membicarakan tentang rawatan secara ini dan mengumpulkannya dalam beberapa buah buku yang terkenal antaranya: At-Tibbu 'n-Nabawi, At-Tibb wa 'r-Rahmah, Zadu 'l Ma'ad fi Hadyi Khairi 'l-'Ibad dan lain-lain lagi.

Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Alupathy (perubatan moden seperti di hospital) buat masa kini merupakan suatu pilihan utama manusia moden untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit. Hospital-hospital dan klinik-klinik yang dilengkapkan dengan segala kemudahan dan kepakaran menjadikan tempat-tempat ini tumpuan utama. Akan tetapi suatu hal yang amat nyata bahawa tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan cara tersebut. Masih banyak penyakit yang masih belum dapat ditemui ubatnya oleh pakar-pakar perubatan moden.

Apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara moden, pesakit akan berusaha mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu peluang perlu disediakan agar pesakit-pesakit itu tidak putus asa dalam usaha mencari kesembuhan.

Kaedah pengubatan yang diusahakan di Darussyifa' ini tidak sekali-kali bermaksud untuk mengambil alih tugas yang sedang dilaksanakan di hospital-hospital atau di klinik-klinik. la adalah merupakan satu rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar setelah pesakit-pesakit berusaha melalui cara perubatan tersebut, tetapi belum lagi disembuhkan oleh Allah s.w.t.

Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik. Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah pengubatan cara ini perlu dikhtiarkan.

Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha sempurna lagi maha benar manakala yang salah dan silap itu adalah dari insan yang bersifat lemah.

Semoga Allah mengampuni kesalahan dan kekhilafan yang tidak disengajakan. Kepada Allah kita memohon rahmat dan berkat semoga Allah sentiasa mengabulkan usaha kita semua dan menjadikan amalan kita yang tidak seberapa ini sebagai amalan yang soleh.

anak soleh

Satu hari ketika rasulullah sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. selepas selesai bertawaf Rasulullah s.a.w bertanya kepadda si pemuda itu, "Kenapa dengan bahumu itu?" Pemuda itu menjawab "Wahai Rasululllah, saya dari Yaman, saya ada seorang ibu yg sudah uzur. saya sangat menccintainya dan saya tidak pernah dia. saya melepaskannya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. selain itu selalu mendukungnya (dibahu ini)".

Lalu pemuda itu bertanya kepada Rasulullah" " Ya rasulullah apakah saya sudaj termasuk dalam golongan org2 yang berbakti kepada org tuanya?"

sambil ememluk pemuda tersebut Rasulullah bersabda " Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang taat, anak yg berbakti. tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu

ingatlah wahai sahabat2 ku ibu kita adalah segala2 nya di muka bumi ini. berbaktilah kepada mereka...

Wasiat

berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. sentiasalah bersama2 dgn mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu

Isnin, 2 Mac 2009

kenapa nak boikot israel???


Dari akhir bulan 12 sampai la bulan aritu kecoh sgt2 malaysia n seluruh dunia nak boikot barangan2 israel n konco2 dorang..kenapa eh?? sebab ape lak? memang kena ker? - semua ini persoalan yang di utarakan hamba2 Allah di muka bumi ini yang mungkin tak tahu atau buat2 x tau, my opinion why we should boikot them laknatullah ni, b'coz "barangsiapa yang tidak memenuhi hak saudar2 semuslim merka maka bukanlah ia dari GolonganKu (Rasulullah)" hadis..n then sudah terbukti kita sokong n beli barangan dorang satu hinggit sama ngan sepeluru senjata dorang untuk bunuh saudara2 kita, israel beli senjata pada Amerika keseluruhannya dan juga Rusia..so boikot la konco2 dorang ni gak...tapi sdih gak tgk hamba2 Allah skg ni time ramai2 boikot sume pakat boikot tapi bile x da berita pasal boikot beli balik barangan2 org2 kapir tue...macam bermusim or aktiviti lak boikot ni, ada gak bg alasan kalu kita boikot nak beli apa? nak makan ape? n mcm2 lagi la, paling ketara kalu kita boikot dorang ni ekonomi malaysia ni akan jadi teruk...astaghfirullah wei korang pikior la skit rezeki dari dorang ker dari Allah, lagi yakinkan makhluk daripada Allah..skg ni ada alternatif lain..tue HPA tue produk dorang sume complete untuk kita sume tau...HALAL lagi tue, ni murah je, sedap je nak bli x pikoir halal ker x...patut la perangai sume mcm semacam jer....fikir2 kanlah kawan2...aku bukan nak ckp apo korang muslim kenalah sokong muslim kalu x jatuhlah ekonomi....dah boikot jer barangan org2 sengal lagi bodoh n mcm binatang tue (israel n Konco2)...x puas ati ker or sokong meh le comment ahaks


perjalanan hidup

Aku Muhammad Syazman Bin Che Ramly dilahirkan pada 1988 bulan 11, skg ni aku da berumur 21 tahun. aku merupakan manusia yang mempunyai background beragama (lebih kurangla kalu ckp bkn kang pun payah gak). ayah aku meninggal pada tahun 1989 bulan 2, time tu umoq aku 2 bulan 1/2, kocik lagi baru lepas pantang..kadang2 terdetik kat hati ni sedih org lain ada ayah tapi aku takdak, tapi bila fikirkan itu semua daripada Allah..ujian, tapi x per aku pun akan menjejaki ayah aku juga tapi bile lum tau lagi, hidup tetap perlu diteruskan...aku ingat wasiat atau pesanan ayah aku supaya menjadi seorang tahfiz yang berjaya, hafal quran sudah, aku ni dikira Al-habis lum lagi Al-Hafiz coz banyak yang aku kena cover, uuuuuuuuuuuuu sedih tue..skg aku study kat international islamic college..aku ceburi sains islam kontemporari...kwan2 kat sini hebat2 gak (espscially bdk2 course aku la)..aku anak yang last daripada 8 orang adik beradik...aku rasa itu untuk pengenalan diri aku, apo2 hal nak tanya, tanyo la kat comment eh, ahaks :-)