Ahad, 13 September 2009

RAMADHAN KAREEM

kemuliaan ramadhan dan kerahmatan sangat2 ditunggu hamba2nya yg mulia dan beriman..
di bulan ini lah nak tarbiah diri aku..
dalam bulan ini la nak didik nafsu aku...
dalam bulan ini lah peluang untuk aku bersama Nya...setelah terlalu busy dgn kehidupan dan kerjaya aku as pelajar....

apakah aku terdidik??
apakah aku tertarbiah???

round pertama dapat kerahmatannya
round kedua dapat keampunannya
round ketiga dapat jauh daripada api neraka..

ehehhe ada satu cerita lawak yg kawan aku buat...biasa bila baru nak belajar kecantikan islam time dah besar2 ni kalu salah confirm kena gelak...kan kan
pasal fadhilat bln ramadhan la yg round2 mcm kat atas tu.....

dia ckp round pertama n kedua tu leh la dpt...tp yg ketiga tu...kalu x lepas tu confirm aku masuk neraka...
aku pon tnya so???
so round first n kedua tu buat baisa2 je la...tp round ketiga tu kena bnyk skit ibadah tu....
HAHAHAHAHAHA!!!!!!! aku pon bantai la gelak....hang apekebenda nya....
kalu yg first & kedua ko x lepas confirm kox kan lepas yg ketiga tu PANDAI!!! ada faham???


ooooo ye ker....mcm tu ek???emmm kalu mcm tu ramadhan tahun depan aku nak wat betul2 punya.....DOAKAN AKU YE MAN

insyaallah sama2 lah kita berdoa agar ramadhan tahun ni diterimanya k
dan kita dpt nikmati ramadhan akan dtg...tetapi sebelum tu bulan2 biasa kena jadi hambanya yg bertakwa dahulu...orait...

Sabtu, 15 Ogos 2009

PERGI TAK KEMBALI


14/8
-10.45 am
aku gerak dari gombak ke ofis abg wai (NC)...sampai je s.alam staf2 nc x da coz dorang gi kursus kat DPMS..aku pon terusla ke library shah alam nk cari rujukan untuk assingment..sampai2 je baru nk duduk 'trut...trut..trut...' msj masuk dari andak.."salam man ustaz asri ibrahim meninggal"
eh biar betul abg aku ni....aku baru je jmp dia beberapa hari lepas
aku terus x jd duduk n terus kuar balik dari library....aku terus g NC
sampai2 jer staf2 NC da kecoh....masing2 nk tau berita selanjutnya pasal ustaz asri..

-11.20
man ko ko abg ko tnya dia pasal ustaz aku nk edit dlm berita ni....lah minta tlg pada aku...
"hello bang nk tnya berita pasal ustaz...Lah suruh tnya..." "nanti la aku bagitahu....skg kat dlm bilik mayat lg ni..." "orait..."aku akhiri perbualan...aku dan rakan2 NC menunggu berita selanjutnya

- 2.00 pm
))**&&^^%#@.....uiihhhh bisingnya kat depan....saper tu??? ohhh abg aku n abe razin..."bang pe citer" aku terus menyerpa abg aku...skg jenazah akn di bawa kat umah keluarga arwah kat bkt lanchong seksyen 28 shah alam...." "man nak ikut eh nnt" "pi solat dulu"abg wai m'ngarah aku.."orait.."

-3.00 pm
"haa jom saper nk ikut cpt...." aku, lah, abe razin terus follow abg wai naik unser hitam syarikat...abg aku drive dgn baik hingga sampai umah keluarga arwah, aku tgk da ramai yg sampai di rumah ust...subhanallah ramainya..aku dan rakan2 serta abg aku terus menuju ke perkarangan umah keluarga arwah..aku terus bertanya pada sahabat aku bro shuhaidi.."pukul berapa jenazah akan sampai di sini (umah keluarga arwah).."entah la man rasanya sblm asar.."
suasana di rumah arwah

-3.45 pm
weeeuuwww....weeuuuwwww...kedengaran siren ambulans terdengar....jenazah arwah da sampai...setibanya arwah, jenazah terus diangkat dibawa masuk ke dalam rumah...semua yg ada kat situ semua nk tolong angkat sampai tersepit aku...last2 aku lepaskan tangan dan berikan peluang pada rakan2 lain yg nak angkat jenazah....kemudian jenazah diletakkan di tengah2 rumah dengan menghadap kiblat aku tgk wajah arwah bersih sgt..."eh betul ke ustaz da kembali???ishhh macm x je" detik hati aku...emm innalillahhi wainna ilaihi raji'un seperti ada bisikan ditelinga aku mengingatkan padaku bahawa yg hidup pasti mati....
jenazah arwah ustaz asri ketika baru sampai di rumah
subhanallah jernihnya

tak lama selepas itu semua start membaca yasin dan tahlil untuk arwah yg di lead imam besar putrajaya...subhanallah hebatnya beliau...ramainya dalam rumah ni.....rumah dia bagai nk runtuh ketika semua stat baca surah yasin bersama..

suasana di dalam rumah ketika membaca yasin

sehabisnya membaca yasin semua hadirin terus bangun dan mengambil wudhu' di bilik air yg terletak di hadapan rumah arwah...aku pon bingkas bangun untuk mengambil wudhu' tp x da peluang kerana terlalu pack...."ramainya...."getus hati aku...subhanallah..
solat jenazah bermula...aku punya semangat nk follow skali tp x berkesempatan juga kerana terlalu ramai...yg peliknya jenazah disembahyangkan berkali2 dengan berlainan jemaah tetapi kenapa sentiasa ramai....langsung aku x da peluang...."man jom balik, mlm nnt kita terus ke kubur seksyen 21 shah alam......" rupanya abg wai, abe razin dan lah pun x berkesempatan....memang ramai giler...subhanallahhhhhh.......Ya Allah baiknya tempat beliau di di alam sana......aku menitiskan air mata....aku kehilangan seorang MURABBI....Allahu Akbar...dan bukan aku je yang merasanya semua yg hadir merasainya....

antara yg hadir....

-7.50 pm
"korang semua da solat lom" abg wai tnya pada semua staf2 NC...."dah dah" antaranya yg menjawab...."dah jom gerak.." mlm ni kami bergerak dengan dua kereta..Unser & waja Abe Razin...kami terus bergerak ke kubur...kami terawal sampai di Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam...x lama selepas itu berpuluh2 kereta mengambil n mencari parking di sekitar perkuburan....'subhanallah ramai giler.." aku terkejut sangat x sangka mlm tu ramai giler yg hadir, aku fikir x ramai...
warga NC yg terawal sampai... ribuan manusia yg hadir...di pengkebumian
allahyarham ustaz asri ibrahim...

-8.30 pm
jenazah arwah sampai di perkuburan......aku sempat mengejar van mayat untuk membantu mengangkat jenazah..sekali lg kuasa Allah, ustaz asri berbadan besar tetapi aku rasa sangat ringan badan dia...time tu aku org pertama sambut keranda jenazah dari van....bile aku dan seorang sahabat aku tarik je keranda keluar semua yg ada kat situ berkejaran membantu menyambut keranda tu jugak....Ya Allah ramainya....ini la dia Da'i yg sebenar di depan mata aku....tetapi dah tiada...time wajah arwah di buka aku melihatnya sangat tenang....seperti org yg sedang tidur...layakkah aku jadi seperti beliau.....

jenazah di usung ke liang lahad.....sangat tenang...Allahu Akbar

-10.00 pm
jenazah selamat dikebumikan....selesai talkin, doa n sume2 nya....kami semua berangkat pulang dengan semuanya kelihatan sugul x bermaya dan sedih...KEHILANGANMU KAMI SANGAT MERASAINYA...AL FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM.....

sekian...

Khamis, 13 Ogos 2009


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?3. Apakah yang paling besar di dunia?4. Apakah yang paling berat di dunia?5. Apakah yang paling ringan di dunia?6. Apakah yang paling tajam di dunia?Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
SURAT UTK ADAM.....REnungan... =)

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah
hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.Adam,Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu. Adam, Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku? Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya. Adam, Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku? Adam, Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!! Adam, Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa? Adam, Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam, Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.
Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya. Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu." Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa." Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu." Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan: "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun." Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya: "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu." Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun." Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya: "Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?" Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu." Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar." Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini: "Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan." Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.