Isnin, 21 Disember 2009
umat sezaman dengan ku
perjalanan hidup ku da melangkau 21 tahun...tapi keadaaan dunia skg ni x pernah berubah... hanya bentuk muka and pembanggunan je yg membezakan
bak kata syeikh aku "dunia dah makin maju, tapi fikiran lama manusia tang tu gak"
"barangsiapa yg harini nya lebih baik daripada semalam dia adalah sebaik2 umat"
x pernah nk kejar dan terfikir ker kawan2 about ganjaran kat atas tu??? kenapa???? dunia ni lagi penting yer...
"ye la kalu x da duit, umah besar, keta besar org x pandang bro" (statement org zaman skg)
kenapa sampai mcm tu skali fikiran umat sezaman aku skg ni??? ingat makin lama makin pandai, bijak, leh guna akai lebih daripada biasa...tapi sedih giler makin lama makin x cerdik lak org skg ni.....
aishhhh x tau nk ckp aper dah....
setakat ni kot luahan hati aku....
sedih la :-(
Ahad, 13 September 2009
RAMADHAN KAREEM
di bulan ini lah nak tarbiah diri aku..
dalam bulan ini la nak didik nafsu aku...
dalam bulan ini lah peluang untuk aku bersama Nya...setelah terlalu busy dgn kehidupan dan kerjaya aku as pelajar....
apakah aku terdidik??
apakah aku tertarbiah???
round pertama dapat kerahmatannya
round kedua dapat keampunannya
round ketiga dapat jauh daripada api neraka..
ehehhe ada satu cerita lawak yg kawan aku buat...biasa bila baru nak belajar kecantikan islam time dah besar2 ni kalu salah confirm kena gelak...kan kan
pasal fadhilat bln ramadhan la yg round2 mcm kat atas tu.....
dia ckp round pertama n kedua tu leh la dpt...tp yg ketiga tu...kalu x lepas tu confirm aku masuk neraka...
aku pon tnya so???
so round first n kedua tu buat baisa2 je la...tp round ketiga tu kena bnyk skit ibadah tu....
HAHAHAHAHAHA!!!!!!! aku pon bantai la gelak....hang apekebenda nya....
kalu yg first & kedua ko x lepas confirm kox kan lepas yg ketiga tu PANDAI!!! ada faham???

ooooo ye ker....mcm tu ek???emmm kalu mcm tu ramadhan tahun depan aku nak wat betul2 punya.....DOAKAN AKU YE MAN
insyaallah sama2 lah kita berdoa agar ramadhan tahun ni diterimanya k
dan kita dpt nikmati ramadhan akan dtg...tetapi sebelum tu bulan2 biasa kena jadi hambanya yg bertakwa dahulu...orait...
Isnin, 24 Ogos 2009
Sabtu, 15 Ogos 2009
PERGI TAK KEMBALI







Khamis, 13 Ogos 2009
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? 2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?3. Apakah yang paling besar di dunia?4. Apakah yang paling berat di dunia?5. Apakah yang paling ringan di dunia?6. Apakah yang paling tajam di dunia?Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah
hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.Adam,Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu. Adam, Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.
Apa yang telah terjadi terhadap kaumku? Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya. Adam, Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku? Adam, Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!! Adam, Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa? Adam, Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku. Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah. Adam, Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu." Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa." Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu." Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan: "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun." Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari. Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya: "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu." Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun." Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya: "Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?" Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu." Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin! Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar." Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini: "Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan." Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
“Diriwayatkan dari Isa bin Yunus al-Ramliy , dari Uqbah bin Alqamah bin Khadiej al-Ma’afiriy dari Artah bin al-Munzir dari Abi Amir al-Alhaniyy dari Tsauban dari Nabi s.a.w bahawa Nabi s.a.w bersabda : Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiyamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan.Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai rasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak menegtahuinya.Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)”
Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat .Dikeluarkan olej al-Rawiyyaniy no 651, al-Tabaraniyy dalam al-Awsat no 4632 , al-Saghier no 662 dan al-Dailamiyy dalam Musnadnya no 7715 .Dinilai sebagai sahih oleh al-Albaniy
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengantenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
Ahad, 2 Ogos 2009
Kerajaan di bawah BN..sesuai jika diberi nama kerajaan BABI NYAYOK


kerajaan malaysia bawah pimpinan BN penuh dengan penyelewengan dari segi kewangan mahupun kebajikan rakyat...
Sabtu, 1 Ogos 2009
KASIH SAYANG YANG BENAR
Jumaat, 10 Julai 2009
NAFSU!!!
DIALOG ANAK MURID & GURU
"Cikgu saya nk tanya smething bleh????
"ha tnya la anak muridku yg ku sayangi......." uiii lemah lembutnya tutur bicara cikgu ni...
pasai nafsu....ada masalah nie, saya takut kan Allah tapi kan bile awek saya ajak kuar saya x leh nk tolak....
emmmm..........cikgu Adawiah berikan respon...
tp bila kitaorang keluar mesti pegang tangan x leh miss....macamana nak elak nafsu tue eh??
satu soalan... bleh??
emmm boleh2...
kenapa perlu ada "awek"
kenapa mesti keluar berdating??
kenapa perlu pegang tangan??
kenapa perlu bercinta sekarang??(x mampu utk b'kahwin lagi)
kenapa perlu berdua2-duan???
pakai duit saper g dating??
seronok ker??
apa faedah???
mak bapak x marah eh??
confirm ker die bini kamu??
mak aiiiihhh banyaknya soklan cikgu?? nak jawab sume nie...
eh eh x perlu jawab ngan saya...jawab di hati.. {cikgu adawiah memintas kata2 shahir}
x best la jwb dlm hati...saya nk kongsi ngan kawan2 nnt kalu salah payah gak...
emmm ok...jawablah sha..
bile pkir2 blk sume tu x da alasan yg kukuh...kenapa saya buat sume tue...
mula2 saya couple ngan sufinah pon sbb nk isi mas boring jer...mula2 nk kacau2 camtu je last2 tercouple hehe...first2 bile couple saya jaga gak la...tp bile 2 bln lpastu je saya try pgang tgn die masa tue bederau darah saya n rasa seronok pon ada....
tapi kan cikgu bile hati ini terniat tak nk buat saya mcm terdengar bisikan suruh saya pgang jer tgn awek saya tue...pasti rasa sernok bisikan tu ckp...
oooooooooooo tu syaitooon la yg bisiknya tu......
owh ye ke cikgu, patuutlah...
lpas dating jer sy akn rasa berdosa b'coz wat benda2 mcm tu...tapii buat jugak, bile time dating rasa risau sume hilang.....
emmmm mcmana ye cikgu????
senang jer putuskan hbgn kamu tue...
alahhhh susah la cikgu...
ehhhh no..no..no.. nk teruskan dosa ker nk berhnti buat dosa???ingat tau nafsu tu selalu m'hasut..die x kan berhnti smpi kiamat....
SO!!! tggalkan lah perkara yg boleh mmbawa kita ke kancah maksiat tue ye.......
ooooooooooooo mcm tue eh
pelihara diri adalh asas untuk menjauhi drdp segala mcm maksiat....
ingat LA TAQROBU ZINA jgn mendekati zina...amacam ok x??
cintan cinton x perlu skg nie.....ok???
slalu berzikir....k
emmm okeh, thanks a lot cikgu
kongsi sama2...
cantiknya islam
sahabat2 ku sekalian Dunia digemparkan dengan pemergian seorang hamba Allah yang tidak seberapa hebatnya jika dibandingkan dengan Para Rasul, Sahabat2, Tabi'in dan tabi'-tabi'n.....tetapi "kepopulerannya amat dirasai oleh semua negara yg minat kat dia...(malas betui pakai ayat2 sastera ni huhu)..
Siapa dia tu??? "dah la lahir bkn islam, pastu semua nk tangisi apesal??" kata kawan saya la.....
"hei hei hei...u ingat lahir dari bkn islam x leh masuk syurga ker"????
"leh ke bro??"
"booooleehhhh ma....hidayah Allah x mengenal muka, pangkat, bangsa, pendek, tinggi, debab, kering ke ape ke sume2 la yg sama waktu dgnnya tau.."
"ooooooooo ye ke"
Contoh zaman Rasulullah....Umar yg paling ditakuti oleh semua org termasuk 'setan'....time tu ada dikalangan org islam mempersoalkan "layakke dier masuk islam???"
terbukti ke x terbukti hidayah tu untuk semua yg nak??? TERBUUUKKKTTTIIIII KAN!!!!
zaman skg ni kita tgk plak pada Allahyarham Mikaeel jackson (michael jackson)...dia disegani, disanjungi, n dulu gak org paling kuat agama Kristian....loooookkkk....hidayah Allah sampai gak pada die...Alhamdulillah before meninggal die ucap 'Syahadah' 6 bulan before die meninggal....hebat x Allah??? Hebat kan....
Hidayah Allah untuk semua org...
qaala Allah fil Quranil 'azhim : "Aku akan bagi ape yang hambaku minta"
jangan segan2 minta pada Allah k....
SEKADAR BERKONGSI BERSAMA RAKAN2 KU
lagu Allahyarma mikaeel :>
http://www.youtube.com/watch?v=SIv3h1E5d_E
Khamis, 12 Mac 2009
die ni langsung x fkr pasal islam, BO...
Utusan Malaysia 26/7/2006 Oleh FAUZI JAAFAR dan HAMDEN RAMLI KUALA LUMPUR 25 Julai Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua pihak termasuk media menghentikan segala perbincangan mengenai agama kerana ia sangat sensitif. Perdana Menteri berkata, kerajaan kini memerhatikan kegiatan tersebut dengan serius kerana berpendapat ia boleh memberi kesan buruk kepada negara jika diteruskan tanpa sekatan. Hentilah (perbincangan agama), jangan buat apa-apa. Isu agama cukup sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu perkauman. Jika ia tidak dibendung, dikawal secara berhati-hati, akan lahir situasi tentangan di kalangan rakyat. Jika perbincangan (agama) yang berjalan itu tidak dibendung, tidak dikawal dengan perasaan berhati-hati, maka apa yang berlaku ialah ketegangan antara rakyat yang menganuti agama berlainan,’’ katanya. Beliau pada masa yang sama turut meminta media menjalankan tugasnya dengan tidak membesar-besarkan perbincangan mengenai agama. Seperti yang saya bincang tadi, akhbar perlu melaksanakan tanggungjawabnya supaya tidak membesar-besarkan isu ini. Tidak menyiarkan berita yang akan menimbulkan rasa tidak senang hati atau ketegangan atau boleh juga menimbulkan kemarahan rakyat,’’ katanya. Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini, beliau berkata, semua pihak perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama. Seluruh rakyat Malaysia juga perlu berhati-hati dalam membincangkan isu agama,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Kumpulan Artikel 11 yang mengandungi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Peguam yang sedang menjalankan kempen seluruh negara bagi mendapat sokongan untuk meminda Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan. Kandungan Perkara 121(A) tersebut merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah. Pertemuan pertama kumpulan 13 NGO tersebut berlangsung di Johor Bahru, Johor pada 22 Julai lepas. Perdana Menteri berkata, pihak yang mengadakan perbincangan agama adalah kumpulan yang mahukan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) diwujudkan. Yang meneruskan perdebatan agama itu ialah kumpulan yang mahukan IFC. Saya katakan IFC sangat sensitif. Mengenai IFC, saya sendiri minta tangguh, jika tangguh ia tak perlu diadakan perbincangan lagi. Bila dilaksanakan, inilah jadinya. Dulu tiada masalah, sekarang dah jadi masalah,’’ kata Perdana Menteri. Malah beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, IFC ditangguh hasil daripada keputusan Jemaah Menteri pada tahun lalu. Dalam hal ini, Abdullah berkata, MT UMNO berpendapat dan bersepakat bahawa IFC tidak perlu diadakan langsung kerana ia sangat sensitif. Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana isu agama tidak timbul pada masa dulu tetapi kini ia menjadi masalah yang boleh memberi kesan kepada kerajaan jika tidak ditangani dengan bijak. UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (BN) pula amat bimbang tentang isu-isu agama yang kini dibincang dengan hangat oleh semua pihak sekarang ini,’’ katanya. |
Selasa, 3 Mac 2009
perubatan islam
ASAS PENGUBATAN DARUSSYIFA'

Perkembangan ilmu pengetahuan akan terus maju menurut perkembangan daya fikir manusia. Di Malaysia, amalan merawat pesakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, hadis, contoh sunnah Rasulullah, doa-doa yang digunakan oleh para anbiya' adalah merupakan satu bidang yang masih agak baru. Usaha untuk mengatur segala bentuk rawatan pesakit melalui cara ini dalam satu kaedah yang jelas, teratur dan dapat dimanfaatkan boleh dikatakan amat berkurangan biar pun memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat ramai para pengamal perubatan Melayu tradisional yang menyumbangkan tenaga mereka dengan menggunakan kaedah ini.
Perlu dijelaskan bahawa sesungguhnya Darussyifa' hanya menggunakan dengan cara yang teratur dan tersusun ayat-ayat al-Quran, amalan sunnah Rasulullah dan kaedah-kaedah lain yang selaras dengan syarak dalam tujuan mencari ikhtiar untuk merawat pesakit sama ada sakit fizikal atau spiritual.
Rawatan yang diamalkan oleh Darussyifa' ini tidak boleh dimasukkan dalam kategori perubatan Melayu tradisional kerana rangkaian al-Quran yang dibaca itu jelas ayat-ayatnya, hadis-hadis dan sunnah Rasulullah itu nyata sumbernya manakala doa-doa yang dipohon juga jelas maksud dan susunan katanya. Memang terdapat beberapa rangkaian kata Melayu yang digunakan dalam kaedah ini, tetapi penggunaan rangkaian kata yang dapat difahami maknanya serta tidak mengandungi ungkapan kata yang menyalahi hukum yang diharamkan Allah di samping tidak mengandungi kata-kata yang membawa syirik. Semua yang diamalkan ini adalan tidak bersalahan dengan ajaran Islam.
Pada hakikatnya, usaha membongkar kandungan al-Quran dan sunnah Rasulullah untuk tujuan rawatan penyakit, adalah masih di peringkat awal. la memerlukan keikhlasan, minat, pengamatan yang serius serta ketabahan yang berterusan. Kejayaan usaha seumpama ini adalah bergantung kepada usaha-usaha yang dijelaskan diatas.
Pendedahan kandungan al-Quran, contoh-contoh sunnah Rasulullah dan doa-doa yang dijelaskan yang berkaitan dengan sumber wahyu dan sejarah Islam boleh memberi satu kesedaran yang agong kepada umat Islam untuk mengkagumi dan menghargai betapa besamya peranan Kitab Allah yang selama ini menjadi panduan dalam kehidupan seseorang. Kesedaran ini boleh menjadikan seseorang itu menyedari keesaan Allah. Semuanya ini adalah di antara jalan utama dalam tujuan memperkuatkan iman seseorang terhadap Allah s.w.t.
Pengubatan dengan menggunakan ayat-ayat seperti yang dijelaskan di atas bukanlah merupakan satu amalan baru di kalangan umat Islam biarpun ramai orang yang masih meragui kesahihannya. Keraguan itu timbul ialah kerana kurangnya pemahaman terhadap sejarah ilmu perubatan dan al-Quran sendiri. Sebagai contoh, al-Quran mengulangi beberapa kali ungkapan yang membawa makna kesembuhan penyakit. Antaranya (Surah al-Isra':82).

Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Di dalam al-Quran terdapat enam ayat yang menyentuh penggunaan perkataan yang membawa makna kesembuhan. Ayat-ayat itu dikenali sebagai " Ayat Ash-Syifa' ". (Sila rujuk al-Quran, At-Taubah:14, Yunus:57, Al-Nahl:69, Al-Israa':82, Asy-Syu'araa':80 dan Fussilat:44)
Sehubungan dengan ini pernah berlaku suatu kisah, di mana seorang Sahabat Nabi mengalami sejenis penyakit yang sudah puas diubati dengan berbagai cara perubatan, tetapi tidak juga sembuh. Pada suatu hari pesakit itu telah diziarahi oleh seorang temannya. Pesakit tersebut mengadu halnya yang telah puas berikhtiar tetapi masih belum disembuhkan Allah. Teman tersebut bertanya sama ada dia telah membaca " Ayat Ash-Syifa' " . Pesakit itu mengatakan belum, lalu teman tadi pun membaca " Ayat Ash-Syifa' " yang akhirnya dengan izin Allah s.w.t. ia pun sembuh.
Ulama-ulama terdahulu telah banyak membicarakan tentang rawatan secara ini dan mengumpulkannya dalam beberapa buah buku yang terkenal antaranya: At-Tibbu 'n-Nabawi, At-Tibb wa 'r-Rahmah, Zadu 'l Ma'ad fi Hadyi Khairi 'l-'Ibad dan lain-lain lagi.
Tidak dapat dinafikan bahawa perubatan Alupathy (perubatan moden seperti di hospital) buat masa kini merupakan suatu pilihan utama manusia moden untuk ikhtiar menyembuhkan penyakit. Hospital-hospital dan klinik-klinik yang dilengkapkan dengan segala kemudahan dan kepakaran menjadikan tempat-tempat ini tumpuan utama. Akan tetapi suatu hal yang amat nyata bahawa tidak semua penyakit dapat disembuhkan dengan cara tersebut. Masih banyak penyakit yang masih belum dapat ditemui ubatnya oleh pakar-pakar perubatan moden.
Apabila sesuatu penyakit tidak dapat disembuhkan dengan cara moden, pesakit akan berusaha mencari jalan lain untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Oleh itu peluang perlu disediakan agar pesakit-pesakit itu tidak putus asa dalam usaha mencari kesembuhan.
Kaedah pengubatan yang diusahakan di Darussyifa' ini tidak sekali-kali bermaksud untuk mengambil alih tugas yang sedang dilaksanakan di hospital-hospital atau di klinik-klinik. la adalah merupakan satu rawatan alternatif untuk meneruskan ikhtiar setelah pesakit-pesakit berusaha melalui cara perubatan tersebut, tetapi belum lagi disembuhkan oleh Allah s.w.t.
Sekiranya sesuatu penyakit terjadi, kita memang menasihati pesakit-pesakit supaya mengutamakan rawatan biasa, iaitu di hospital-hospital atau di klinik-klinik. Setelah rawatan itu diusahakan tetapi tidak juga berjaya, maka barulah pengubatan cara ini perlu dikhtiarkan.
Apa yang diusahakan di Darussyifa' ini adalah sebahagian kecil dari ilmu yang sangat luas yang telah lama diamalkan oleh ulama-ulama Islam terdahulu.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha sempurna lagi maha benar manakala yang salah dan silap itu adalah dari insan yang bersifat lemah.
anak soleh
Lalu pemuda itu bertanya kepada Rasulullah" " Ya rasulullah apakah saya sudaj termasuk dalam golongan org2 yang berbakti kepada org tuanya?"
sambil ememluk pemuda tersebut Rasulullah bersabda " Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang taat, anak yg berbakti. tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu
ingatlah wahai sahabat2 ku ibu kita adalah segala2 nya di muka bumi ini. berbaktilah kepada mereka...
Wasiat
berkawan dan hampirilah ulama' serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. sentiasalah bersama2 dgn mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. kemungkinan besar apabila Allah SWT menurunkan kebaikan kepada mereka, kamu turut merasai nikmat itu
Isnin, 2 Mac 2009
kenapa nak boikot israel???

Dari akhir bulan 12 sampai la bulan aritu kecoh sgt2 malaysia n seluruh dunia nak boikot barangan2 israel n konco2 dorang..kenapa eh?? sebab ape lak? memang kena ker? - semua ini persoalan yang di utarakan hamba2 Allah di muka bumi ini yang mungkin tak tahu atau buat2 x tau, my opinion why we should boikot them laknatullah ni, b'coz "barangsiapa yang tidak memenuhi hak saudar2 semuslim merka maka bukanlah ia dari GolonganKu (Rasulullah)" hadis..n then sudah terbukti kita sokong n beli barangan dorang satu hinggit sama ngan sepeluru senjata dorang untuk bunuh saudara2 kita, israel beli senjata pada Amerika keseluruhannya dan juga Rusia..so boikot la konco2 dorang ni gak...tapi sdih gak tgk hamba2 Allah skg ni time ramai2 boikot sume pakat boikot tapi bile x da berita pasal boikot beli balik barangan2 org2 kapir tue...macam bermusim or aktiviti lak boikot ni, ada gak bg alasan kalu kita boikot nak beli apa? nak makan ape? n mcm2 lagi la, paling ketara kalu kita boikot dorang ni ekonomi malaysia ni akan jadi teruk...astaghfirullah wei korang pikior la skit rezeki dari dorang ker dari Allah, lagi yakinkan makhluk daripada Allah..skg ni ada alternatif lain..tue HPA tue produk dorang sume complete untuk kita sume tau...HALAL lagi tue, ni murah je, sedap je nak bli x pikoir halal ker x...patut la perangai sume mcm semacam jer....fikir2 kanlah kawan2...aku bukan nak ckp apo korang muslim kenalah sokong muslim kalu x jatuhlah ekonomi....dah boikot jer barangan org2 sengal lagi bodoh n mcm binatang tue (israel n Konco2)...x puas ati ker or sokong meh le comment ahaks